1.1 Jenis Ujian dan Peperiksaan
1.1.1 Ujian 1 dan Ujian 2
1.1.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun
1.1.3 Peperiksaan Percubaan PMR/SPM/STPM
1.1.4 Peperiksaan Akhir Tahun
1.2 Pelaksanaan Ujian/Peperiksaan
1.2.1 Ujian 1 dan Ujian 2
· Kekerapan 2 kali setahun dan diselaraskan
· Masa diperuntukkan adalah 1 jam-1 jam 30 minit bagi setiap mata pelajaran
· Jenis dan format ditentukan oleh panitia masing-masing
· Markah ujian direkodkan dalam Buku Persediaan Mengajar dan SAPs mengikut tarikh yang ditetapkan
1.2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun
· Jenis, format dan masa yang diperuntukkan adalah berpandukan kertas peperiksaan awam sebenar mengikut tahap masing-masing.
o Menengah Rendah berpandukan Peperiksaan PMR
o Menengah Atas berpandukan Peperiksaan SPM
· Format muka depan
o Nama sekolah
o Jenis peperiksaan
o Kod/nama mata pelajaran
o Masa/tempoh
o Kelas/tingkatan
o Arahan
· Penyediaan dan pengesahan soalan peperiksaan
o Tempoh penyediaan soalan adalah sebulan sebelum tarikh peperiksaan.
o Soalan yang telah lengkap hendaklah disemak oleh Ketua Panitia dan Pengesahan daripada Guru Kanan mata pelajaran masing-masing
· Percetakan
o Soalan peperiksaan hendaklah dihantar ke percetakan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh/hari pertama peperiksaan dijalankan
· Jadual Waktu / Pengawasan
o Peperiksaan adalah diselaraskan untuk setiap kelas/tingkatan berdasarkan takwim sekolah
o Pengawasan peperiksaan adalah mengikut jadual waktu peribadi guru
o Pengawasan melibatkan :
§ pengedaran kertas soalan,
§ memberi arahan
§ membuat pembetulan jika terdapat ralat
§ mengawas sewaktu peperiksaan dijalankan
§ memungut kertas jawapan
§ menyerahkan kepada pemeriksa yang terlibat
( * memastikan murid mematuhi peraturan peperiksaan dan tiada penyelewengan dan peniruan berlaku semasa peperiksaan dijalankan )
No comments:
Post a Comment